OPERASI : PROSES SEMAKAN

Proses semakan kami bermula daripada pemantauan sumber yang berpotensi tempat sebaran maklumat tidak benar.

Kami mengutamakan proses perbincangan dan kerja berkumpulan dalam setiap semakan yang dilakukan. Bagi kami, setiap laporan adalah hasil kerja bersama, walaupun pada artikel diberikan byline penyedia laporan.

Selepas artikel diterbitkan, kami sedia untuk menerima komentar atau teguran daripada pembaca. Sekiranya perlu, kami akan lakukan pembetulan fakta tanpa mengubah artikel asal.

Pembetulan fakta akan disenaraikan di bawah artikel asal untuk memudahkan pembaca merujuk laporan dan pembetulan yang dilakukan.

LANGKAH TINDAKAN SASARAN HASIL

1

Pemantauan Sumber

Memantau saluran yang berpotensi menjadi sebaran maklumat tidak benar seperti (dan tidak tertakluk kepada):

a.       Media sosial

b.      Portal berita/blog

c.       Laman sembang

2

Senarai

Menyenaraikan bahan yang ditemui tanpa prejudis.

3

Klasifikasi

Menilai bahan yang ditemui untuk disenaraikan tahap keperluan untuk disemak.

4

Bincang Awal

Perbincangan bersama ahli pasukan untuk menentukan bahan yang akan disemak.

5

Semakan Awal

Menjalankan proses semakan fakta untuk menentukan keperluan kerja untuk menjalankan semakan fakta.

6

Bincang Penuh

Membincangkan semula langkah kerja seterusnya untuk menjalankan semakan fakta.

7

Semakan Penuh

Menjalankan semakan sehingga siap dan menyediakan laporan.

8

Sunting - Semak

Menjalankan proses suntingan laporan. Editor melakukan semakan semula pada laporan yang disediakan.

9

‘Peer Review’

Ahli pasukan membaca laporan yang siap untuk penambah baikan/pembetulan sekiranya ada.

10

Terbit

Artikel diterbitkan.

© 2020 MyCheck. Hak Cipta Terpelihara.