Terdapat 22 pusat pengundian di Sarawak telah ditutup disebabkan petugas-petugas tidak mempunyai pengangkutan ke pedalaman Sarawak.
Sumber : Twitter / November
SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 11 pusat pengundian terpaksa ditutup ekoran keadaan cuaca yang tidak baik yang menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas.
SEKILAS FAKTA
LATAR BELAKANG
Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selesai dijalankan semalam walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang baik termasuk banjir di beberapa kawasan.
Turut kelihatan di media sosial orang ramai meredah banjir untuk keluar mengundi.
Keadaan cuaca antara perkara yang menjadi kebimbangan ramai apabila kerajaan memutuskan untuk menjalankan pilihan raya pada musim tengkujuh.
Tanda pagar #prubanjir turut trending di media sosial.
MENGENAI DAKWAAN
Tular satu dakwaan di media sosial mengenai pusat pengundian terpaksa ditutup di Sarawak, semalam.
Ia susulan seorang individu telah membuat aduan secara terbuka mengenai penutupan pusat pengundian kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Individu itu turut meminta Anwar menyiasat SPR.
APA YANG KAMI TEMUI
Hanya 11 Pusat Mengundi Ditutup
MyCheck menemukan kenyataan daripada SPR berhubung perkara ini.
Menurut SPR, sebanyak 11 Pusat Mengundi terpaksa ditutup ekoran keadaan cuaca yang tidak baik yang menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.
Kami sertakan kenyataan penuh SPR di bawah.
Berdasarkan kenyataan SPR ini, jelas hanya 11 pusat pengundian yang ditutup, bukan 22 pusat seperti dakwaan.
Langkah penutupan itu juga bukan sesuatu tindakan yang sengaja dibuat tetapi berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan.
KESIMPULAN
Seperti yang diketahui umum, SPR telah mempunyai pengalaman mengendalikan 15 pilihan raya di negara ini.
Sudah tentu apa jua langkah yang dibuat adalah setelah mengambil kira banyak faktor termasuk keselamatan rakyat.
-- MYCHECK.MY --
RUJUKAN
© 2023 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.