+6012-232 8414 | mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu, MyCheck Dulu"

Pusat Pengundian Di Gombak ‘Blackout’, TNB Sahkan Kejadian Berpunca Ekoran Kerosakan Dalaman

Benarkah...

Berlaku kejadian ‘blackout’ di salah sebuah pusat pengundian di Gombak.

Sumber : Facebook / November

Hasil

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian itu. Ia berpunca ekoran kerosakan dalaman di pihak pengguna dan disahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

20/11/2022 03:22 PM

SEKILAS FAKTA

  • Tular satu video di Facebook memaparkan kejadian ‘blackout’ atau terputus bekalan elektrik di salah sebuah tempat pengundian di Gombak.
  • TNB mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Kolej Vokasional Gombak (Sekolah Menengah Teknik, Gombak).
  • Ia berpunca ekoran kerosakan dalaman.
  • Menurut TNB bekalan disahkan baik dan teratur.


Sumber: Facebook

 

LATAR BELAKANG

Proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini begitu hangat.

Rakyat setia menunggu di hadapan kaca televisyen dan tidak berhenti menatal (scrolling) media sosial media arus perdana serta SPR untuk mengetahui keputusan undian rasmi.

Sejak bermulanya proses pengundian sehingga pengiraan undi, pelbagai video dikongsi orang ramai.

 

MENGENAI DAKWAAN

Tular satu video di Facebook memaparkan kejadian terputus bekalan elektrik di pusat pengundian.

Video yang disiarkan di Facebook My News itu mendapat lebih 49,000 tontonan dan 253 komen (setakat laporan ini ditulis).

Benarkah berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik di Gombak? Atau ia hanya dakwaan kitar semua?

Jom kita semak.

 

APA YANG KAMI TEMUI

MyCheck membuat semakan melalui carian imej berbalik dan InVID.

Kami tidak menjumpai mana-mana video yang serupa dengan video tular ini.

Tidak lama selepas itu, pihak TNB telah memuat naik hantaran di laman Twitter rasmi mereka.

 


Sumber: Twitter Tenaga Nasional

 

Ternyata kejadian ini benar-benar berlaku ketika pengiraan undi PRU15, bukannya dakwaan atau video lama yang tular semula.

Menerusi hantaran tersebut, TNB memaklumkan kejadian berlaku di Kolej Vokasional Gombak.

Menurut TNB, kejadian berpunca ekoran kerosakan dalaman di pihak pengguna. Ia kemudian disahkan baik dan teratur.

Kejadian tersebut turut disahkan SPR.

 

KESIMPULAN

Malaysia masih menunggu siapakah yang akan menerajui negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dalam penantian penuh debaran ini, kami berharap anda semua bersabar dan tenang bersama MyCheck.

Ingat, jangan sebar melulu, MyCheck dulu!

-- MYCHECK.MY --

 

RUJUKAN 

  1. Facebook MyNews

  2. Twitter TNB 

MyCheck Malaysia

Tingkat 9, Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur

012-232 8414

mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu,
MyCheck Dulu"

© 2024 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.