+6012-232 8414 | mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu, MyCheck Dulu"

TIADA Mikrocip Pengawal Pemikiran Manusia Dalam Vaksin Covid-19

Benarkah...

Vaksin Covid-19 mengandungi mikrocip yang dibangunkan untuk mengawal pemikiran manusia.

Sumber : Facebook, WhatsApp/ Februari 2021 

Hasil

Tiada mikrocip di dalam vaksin. Vaksin ini tidak akan boleh mengesan atau mendapatkan data peribadi manusia.

05/03/2021 09:50 PM

SEKILAS FAKTA

  •  Saiz jarum dan mRNA (vaksin) yang sangat kecil, tidak boleh masukkan mikrocip.
  • Kalau pun ada usaha untuk memantau pergerakan mana-mana individu ia sudah pun boleh dilakukan dengan pengesanan melalui telefon pintar dan laman media sosial tanpa perlu memasukkan mikrocip ke dalam badan manusia.

 

 


 

LATAR BELAKANG

Malaysia kini sedang melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Pendaftaran untuk mendapatkan vaksin ini akan dimulakan pada 1 Mac ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya melalui aplikasi mySejahtera, melalui laman web www.vaksincovid.gov.my., melalui panggilan hotline, mengisi borang secara manual, pendaftaran di fasiliti kerajaan dan swasta dan juga program outreach dari KKM sendiri. 

Namun, ada juga segelintir daripada kita yang ‘menidakkan’ penggunaan vaksin ini. Bahkan ada juga yang menyatakan bahawa vaksin yang perlu diambil secara dua kali dos suntikan ini mengandungi mikrocip bersamanya.

 

MENGENAI DAKWAAN

Terdapat dakwaan di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp mengatakan bahawa vaksin yang bakal disuntik ini akan disertakan bersama mikrocip atau cip pengesan ke dalam badan manusia.

Dakwaan ini mengatakan dengan tertanamnya mikrocip ini, pergerakan dan aktiviti manusia akan mudah dikesan dan juga mampu untuk mengawal pemikiran seseorang. 

 

APA YANG KAMI TEMUI

Vaksin yang sangat kecil

Bernama melaporkan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon menegaskan bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat dan tidak mengandungi mikrocip.

“mRNA adalah sangat kecil, kita tidak boleh memasukkan mikrocip di dalamnya dan juga ia tidak berinteraksi dengan genom manusia,” katanya ketika ditemubual dalam satu program di Bernama TV.

 

Saiz jarum yang kecil

Dr Nur Amalina Che Bakri, warga Malaysia yang kini bertugas sebagai pelatih pakar bedah warganegara Malaysia yang kini bertugas di London membuat perkongsian pengalaman beliau disuntik vaksin Covid-19 di laman Instagramnya dramalinabakri.

 


 

Menurut beliau, jarum yang disuntik amat kecil dan ia amat mustahil untuk memasukkan mikrocip ke dalam jarum tersebut. Logik bukan?

Untuk makluman, Dr Amalina turut menyertai pasukan saintis Imperial College di London dalam usaha mencari vaksin bagi memerangi COVID-19.

Jelas Dr. Amalina lagi yang jika ada pihak yang mahu mengesan pergerakan mana-mana individu, mereka boleh berbuat demikian dengan hanya menggunakan telefon pintar, dan juga mengesan melalui laman media sosial yang digunakan. 

“Tidak perlu untuk menanam mikrocip” kata beliau.

 

Tiada RFID atau mikrocip pada vaksin

Menurut laman sesawang teknologi cnet.com kemungkinan yang ada pun adalah adanya penggunaan teknologi RFID pada PICAGARI jika suntikan dibuat menggunakan picagari yang dibuat oleh syarikat ApiJect Systems America.

 


 

Syarikat ini sedang melakukan penyelidikan untuk mengeluarkan picagari siap isi (prefilled injector) untuk memudahkan proses vaksinasi dalam situasi pandemik.

Teknologi RFID yang bakal digunakan picagari ini adalah untuk memantau proses pemberian vaksin dan bukannya untuk menyuntiknya masuk ke badan manusia.

Carian lanjut MyCheck mendapati, picagari ini masih BELUM diluluskan penggunaannya oleh United States Food and Drug Administration (USFDA).

 


 

Laman ini turut menyatakan bahawa pemantauan terhadap individu memang boleh dibuat menggunakan pelbagai cara lain seperti maklumat di media sosial, penggunaan telefon, kamera keselamatan dan rekod perbankan.

Petikan penuh dari cnet.com adalah seperti di bawah:

 

No. The COVID-19 vaccine will not contain any sort of microchip or tracking device implemented by the government. The COVID-19 vaccine is about preventing more cases, hospital stays and deaths. 

The vaccine syringes will likely contain something called an RFID microchip from medical solutions company ApiJect Systems America, which will allow public health agencies to collect information about when and where the vaccine was administered, but that microchip wouldn't be injected into your body. 

Plus, if the government wanted to track you, they could just use your social security number, your Facebook data, your cellphone usage, your home video security system or your mortgage loan information.

cnet.com

 

Penjelasan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melalui catatan terbaharu blog beliau khairykj.com menjelaskan bahawa vaksin yang digunakan Malaysia tidak mengandungi mikrocip.

Beliau juga menyeru untuk kita semua percaya dan yakin dengan ilmu sains dan jangan mudah percaya dengan apa yang diperoleh di group WhatApps yang memetik sumber palsu. 

Khairy turut memberi jaminan bahawa hanya vaksin yang benar-benar selamat dan berkesan akan digunakan di negara ini.

 


 

Buku Panduan 

Untuk pengetahuan semua Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah mengeluarkan satu Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Buku ini mengandungi maklumat mengenai Dasar Vaksinasi, jenis-jenis vaksin COVID-19 digunakan oleh Malaysia, kemudahan penyimpanan vaksin serta pandangan sudut keagamaan mengenai panduan vaksin dan imunisasi. Anda boleh klik disini untuk dapatkan buku tersebut. 

Terdapat juga panduan terperinci bagaimana anda mahu mendapatkan vaksin yang diberikan secara percuma ini. 

 


 

Dunia turut menafikan

Penafian ini telah ditulis di media tempatan dan juga antarabangsa seperti di BBC dengan menggunakan medium BBC Reality Check mereka. 

Kami turut membuat pencarian global menggunakan Poynter CoronaVirusFacts Alliance yang membawa kami kepada penemuan penulisan penafian hampir diseluruh dunia antaranya di Columbia terbitan La Silla Vacia dengan tajuk  FALSE: The future coronavirus vaccine will implant a microchip called id2020 manakala untuk pembaca di Rusia,Kazakhstan, Kyrgyzstan pula Factcheck.KZ menerbitkan artikel FALSE: When the COVID-19 vaccine is introduced, microchips will also be introduced into the human body, then 5G networks will come into play, through which the world’s elite will send various signals to nanochips that have settled in human organisms. They will want to send such a signal that only the a “Golden” billion will remain on Earth

Di Poland, penyemak fakta Demagog menerbitkan artikel FALSE: Bill Gates wants to implant microchips in vaccines using the “ID2020 Alliance” bahkan dakwaan ini sudah lama dibidas di Bosnia melalui artikel bertajuk FALSE: ID2020 Alliance aims to microchip all allowing vaccine administration  disiarkan pada 22 Mac 2020 ketika Malaysia baru saja beberapa hari menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.

Situasi ini secara jelas menunjukkan bahawa dakwaan tentang keberadaan mikrocip dalam vaksin Covid-19 telah dibuat sebelum pun vaksin ini dihasilkan. Pelik bukan? 

 

KESIMPULAN

MyCheck menyeru para pembaca agar tidak mudah dipengaruhi dengan bahan berbentuk persepsi dan tidak memandang enteng terhadap program vaksinasi ini. 

Fikir-fikirkan. Ambil yang elok, buang yang keruh. 

--MYCHECKMY--

 

RUJUKAN

1. BBC. ‘Vaccine rumours debunked: Microchips, 'altered DNA' and more’ diterbitkan pada 2 Disember 2020

2. Poynter. FALSE: The future coronavirus vaccine will implant a microchip called id2020. Diterbitkan pada 5 Mei 2020

3.Poynter. ‘FALSE: When the COVID-19 vaccine is introduced, microchips will also be introduced into the human body, then 5G networks will come into play, through which the world’s elite will send various signals to nanochips that have settled in human organisms. They will want to send such a signal that only the a “Golden” billion will remain on Earth.’ diterbitkan pada 1 Mei 2020

4. Poynter. ‘FALSE: Bill Gates wants to implant microchips in vaccines using the “ID2020 Alliance”’ diterbitkan pada 15 April 2020

5. Poynter. ‘FALSE: ID2020 Alliance aims to microchip all allowing vaccine administration’ diterbitkan pada 22 Mac 2020

6. Bernama. ‘Vaksin COVID-19 selamat, tidak mengandungi mikrocip - Dr Rohaizat’ diterbitkan pada 16 Februari 2021

7. Instagram Dr Amalina Che Bakri 

8. Websites Khairy Jamaluddin

9. Buku panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

10. Cnet.com

11. Apiject.com

MyCheck Malaysia

Tingkat 9, Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur

012-232 8414

mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu,
MyCheck Dulu"

© 2024 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.