+6012-232 8414 | mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu, MyCheck Dulu"

Tuntutan Kewangan Covid-19 Hanya Bagi Ahli MySalam Sahaja. Tidak Terbuka Untuk Semua. // #SemakPantas

Benarkah...

Sebaran mesej mengatakan tuntutan sehari RM50 sepanjang 14 hari kuarantin diberikan kepada sesiapa yang dijangkiti Covid-19. 

Sumber : Whatsapp/ Februari 2021

Hasil

Ia hanya ditawarkan kepada golongan B40 yang menyertai Skim Pelindungan Masyarakat ‘mySalam’.

09/02/2021 02:32 PM

SEKILAS FAKTA

  • Mesej tidak menyatakan dengan jelas siapa yang layak menerima bantuan.
  • Benar, ahli mySalam yang dijangkiti Covid-19 boleh membuat tuntutan sepanjang tempoh hospitalisasi/kuarantin di rumah.

 


 

LATAR BELAKANG

Banyak pihak yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Impak ekonomi terutamanya kepada golongan B40 dan M40 dapat dilihat dengan ketara.

Pelaksanaan inisiatif bantuan kewangan adalah topik yang mudah mendapat perhatian masyarakat. Justeru ramai yang suka berkongsi maklumat berkaitan topik ini di laman sembang dan platform media sosial.


 

MENGENAI DAKWAAN

Telah tersebar satu mesej yang kami terima melalui aplikasi WhatsApp menyatakan: 

 

“Sesiapa yg kena kuarantin di rumah @ ada surat KKM blh claim RM 50 sehari sehingga 14 hari = RM 700

Sebarkan jika ada kawan @ saudara yg kena kuarantin.

BOLEH CLAIM.”

 

Mesej ini juga disertakan dengan satu poster yang telah ditangkap layar oleh pengirim seperti dibawah:

 



APA YANG KAMI TEMUI

 

Tiada bantuan secara umum

Melalui carian melalui kata kunci ‘tuntutan + covid-19’, kami tidak menjumpai apa-apa bantuan yang berbentuk tuntutan bayaran diberikan kepada semua lapisan masyarakat melainkan tawaran yang diberikan kepada pencarum oleh syarikat-syarikat insurans.  

 


 

Poster MySalam

Kami membuat penelitian kepada poster yang dikongsikan bersama dengan kiriman mesej yang dipanjangkan tersebut. 

Dapat dilihat pada nama fail dan nama poster merujuk kepada perkataan ‘mySalam’

 


 

Carian di internet dengan pantas membawa kami ke laman penyedia perkhidmatan pelindungan kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah.

Poster berbentuk infografik tersebut menunjukkan langkah-langkah proses tuntutan Covid-19 yang boleh dituntut melalui mySalam. 

Namun, poster ini kurang jelas mungkin kerana beberapa faktor seperti diambil secara tangkap layar dan ia telah dikirimkan secara berulang kali oleh pengguna WhatApps. 

Oleh itu, kami mengambil langkah untuk mencari kembali poster yang dimuat naik oleh mySalam sendiri. Anda boleh klik disini untuk melihat dengan lebih jelas.  


 

Respon Pihak mySalam

Rupanya pihak mySalam telah pun membuat kenyataan di laman sesawang mereka. Sebaik anda tiba di laman sesawang mereka akan ada satu mesej ‘pop-up’ dipaparkan seperti di bawah.

Mesej itu mengiyakan maklumat berkenaan bantuan ini serta memberitahu permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang rasmi mySalam.



 

Hanya kepada golongan B40

Bagi yang belum tahu tentang mySalam, ia adalah skim yang memberi pelindungan kesihatan takaful percuma kepada golongan berpendatan rendah. Ciri-ciri penerima yang layak menyertai mySalam adalah seperti berikut.

 



Jadi, jika anda daripada golongan B40, penerima BSH dan terkena jangkitan Covid-19 anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permosecara dalam talian di laman sesawang mySalam.

Pesan kami, dalam menghadapi kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19 marilah kita terus peka dan mengambil peluang sekiranya ada bantuan yang disalurkan. Tapi sebelum mohon, semak dahulu syarat yang dikenakan ya!

--MYCHECKMY--

 

RUJUKAN

  1. Laman Sesawang mySalam 

  2. Poster mySalam Covid

 

MyCheck Malaysia

Tingkat 9, Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur

012-232 8414

mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu,
MyCheck Dulu"

© 2024 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.