+6012-232 8414 | mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu, MyCheck Dulu"

SAHIH! Buku Sekolah Boleh Didapati Dalam Bentuk Digital // #SemakPantas

Benarkah...

Sebaran mesej melalui Whatsapp berisi pautan kepada buku sekolah rendah dan menengah dalam bentuk PDF di Google Drive untuk kegunaan secara percuma

Sumber : Whatsapp/ Januari 2021

Hasil

Pautan memberi akses kepada pengkalan data buku sekolah dalam bentuk PDF.

03/02/2021 07:16 PM

SEKILAS FAKTA

  • Mesej ini tersebar melalui WhatApps dengan status ‘forwarded’.
  • Terdapat pautan kepada google docs dan telegram.
  • Pautan membawa kepada fail buku teks sekolah rendah dan menengah dalam bentuk PDF.
  • Tidak dapat dipastikan pihak yang menyediakan pengkalan data ini

 


 

LATAR BELAKANG

 

Pelaksanaan PKP telah dilaksanakan semula diseluruh negara kecuali negeri Sarawak. Dengan pelaksanaan PKP ini, ia turut memberi impak yang besar kepada pelajar sekolah. 

Bagi  menangani kes jangkitan Covid-19, kerajaan mengambil langkah untuk tidak membuka sekolah secara fizikal sebaliknya meneruskan sesi pembelajaran secara maya atau lebih dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). 

Berikut merupakan surat pemberitahuan perlaksaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 



MENGENAI DAKWAAN


Satu mesej yang dikongsikan oleh pengguna WhatApps mengenai pautan kepada buku teks secara digital kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Mesej ini juga diakhiri dengan pesanan ‘Mohon sebarkan kepada semua pelajar’ tanpa sebarang bentuk identiti penulis asal mesej itu.

 

APA YANG KAMI TEMUI

 

MyCheck mengambil langkah untuk meneliti senarai pautan yang diberikan dan mendapati bahawa terdapat dua jenis fail yang berbeza iaitu pautan yang membawa kepada Google Drive dan kepada saluran telegram.

 

Google doc

 

Berikut merupakan paparan Google Drive apabila pautan diklik:

 


 

Hyperlink di Google Drive tersebut membawa kepada senarai buku teks peringkat sekolah rendah dan menengah seperti gambar diatas.

Manakala gambar dibawah adalah kandungan yang muncul apabila kami mencuba klik kepada salah satu daripada senarai yang diberikan.

 


 

Dikongsikan juga disini salah satu muka surat yang terdapat dalam buku teks matematik, tahun satu:

 


 

Dapat disimpulkan di sini secara kasar, pautan yang diberi memang membawa kepada buku sekolah untuk digunakan pelajar.

 

Siapa yang buat?

 

Satu soalan yang tidak dapat dijawab adalah siapa sebenarnya yang melaksanakan usaha murni ini. Meletakkan semua buku di satu laman yang mudah diakses pasti memberi kelegaan kepada ibubapa pelajar dalam menghadapi pelaksanaan PdPR.

 

Adalah perlu untuk diketahui siapa yang menyediakan pengkalan data ini untuk memastikan bahan yang disediakan adalah benar dan boleh diterima pakai.

 

Jadi kami perhatikan butiran yang digunakan dalam Google Drive dan mendapati dua perkara:

  1. Owner dan Last Update - Bahagian Buku Teks MOE -- Semua fail pada semua folder datang daripada sumber yang sama iaitu Bahagian Buku Teks MOE (Ministry of Education). Fail-fail di dalam semua folder rata-ratanya dimuat naik padaawal tahun lepas (2020) sehingga awal tahun ini (2021).
  2. Kod BTDA - Semua folder menggunakan kod BTDA, singkatan kepada Buku Teks Digital Asas.

 


 

Berdasarkan dua maklumat ini kami teruskan carian menggunakan kata kunci ‘buku teks digital asas’ dan mendapati ada satu pengumuman di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan program DELIMa.

Program ini membolehkan penggunanya (murid dan guru) memuat turun buku dalam bentuk digital di laman  http://www.moe-dl.edu.my.

Pautan ini membawa pengguna ke Google Site yang memerlukan pengguna untuk log masuk menggunakan ID DELIMa (Malangnya kami tiada akses kepada ID ini jadi tidak dapat kami pastikan apa bahan yang disediakan bagi pengguna laman ini).

Namun apa yang menarik adalah tahun copyright laman DELIMa adalah pada tahun 2020, tahun yang sama kandungan dalam pengkalan data ini dimuat naik.

Carian kami mengenai program DELIMa membawa kepada beberapa hasil tetapi tidak ada yang boleh dikaitkan dengan isu yang sedang kita bincangkan.

 


 


 

Saluran Telegram

 

MyCheck mengambil langkah untuk turut memeriksa pautan Telegram yang disenaraikan bagi kategori sekolah menengah. 

Paparan dibawah menunjukkan paparan yang muncul setelah kami klik untuk kategori tingkatan satu.

 


 

Kandungan saluran Telegram ini hanyalah fail buku sekolah sedia untuk dimuat turun. Ibubapa/guru/murid hanya perlu memuat turun fail yang diberikan untuk mendapatkannya.

 

Muat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store

 

Selain itu, KPM pada 13 Januari lalu mengumumkan KPM menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi 'KPM eTextbook Reader' bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

Aplikasi ini boleh didapati secara percuma melalui laman www.textbook.moe.gov.my atau dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader.

Buku teks digital yang disediakan pada saluran ini adalah dalam format epub yang lebih mesra peranti berbanding format PDF.

Oleh itu, kini ibu bapa pun boleh tarik nafas lega kerana isu berkenaan buku teks sedikit sebanyak sudah pun ditangani.

Adik-adik pula, duduk rumah pun boleh belajar tau! Gunakan semua kemudahan yang disediakan untuk ‘kita jaga kita’! 

Jaga diri, semua!

 

--MYCHECKMY--

 

RUJUKAN

 

  1. Berita Harian. ‘Buku teks sekolah kini dalam versi digital - KPM’ diterbitkan pada 13 Januari 2021

  2. Laman sesawang DELIMa

  3. Laman sesawang KPM eTextbook Reader

MyCheck Malaysia

Tingkat 9, Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur

012-232 8414

mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu,
MyCheck Dulu"

© 2024 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.