+6012-232 8414 | mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu, MyCheck Dulu"

Hanya Pasangan Jarak Jauh Dibenar Untuk Rentas Negeri Mulai 27 Jan // #SemakPantas

Benarkah...

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam pelaksanaan PKP 2.0 bermula 27 Januari 2021.

Sumber : Sumber: Whatsapp, Facebook/ Januari 2021

Hasil

Tajuk berita yang mengelirukan telah dibaiki.

29/01/2021 12:17 PM

SEKILAS FAKTA

  • Kenyataan Datuk Ismail Sabri tidak disampaikan secara penuh pada tajuk berita tersebut.
  • Hanya pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas negeri.
  • Harus mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu.

 


 

LATAR BELAKANG

 

Perlaksanaan PKP 2.0 telah dilaksanakan meliputi semua negeri di seluruh negara kecuali Sarawak. Ia bermula pada 13 Jan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan serta Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sabah. 

Manakala Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan turut dikenakan PKP bermula 22 Jan. 

Dengan pelaksanaan PKP ini, tiada sebarang pergerakan merentas negeri dibenarkan diseluruh negara termasuk kepada pasangan suami isteri jarak jauh. 

 

MENGENAI DAKWAAN


Menteri Kanan Keselamatan digambarkan sebagai telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri mulai 27 Januari walaupun negara masih dalam tempoh pelaksanaan PKP 2.0.

Tangkap layar yang tersebar memetik laporan akhbar The Star dengan tajuk Ismail Sabri: Govt to allow inter-state travel on Jan 27.

 

APA YANG KAMI TEMUI

Apa sebenarnya yang dikatakan?

Pada 26 Januari Menteri Kanan Keselamatan membuat pengumuman mulai 27 Januari pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing. 

Kami telah meneliti kembali rakaman video tersebut di siaran YouTube Berita Harian bertarikh 26 Jan 2021. Dalam video itu Menteri Kanan Keselamatan ini berkata: 

 

‘Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentasi negeri bertemu dengan keluarga masing-masing dengan syarat perlu mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia’ 

 

‘... kebenaran ini akan mula berkuatkuasa esok (27 Jan)’

Transkrip: Sumber: Berita Harian

Ismail Sabri juga turut menasihati mereka yang begejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan swab atau sebaik-baiknya menagngguhkan perjalanan sehingga sihat. 

Disini secara jelas dinyatakan kebenaran merentas negeri hanya diberikan kepada pasangan suami isteri jarak jauh. 

Turut dinyatakan, kebenaran kepada sesiapa sahaja jika mempunyai kes kecemasan seperti kematian dengan syarat mendapatkan kelulusan polis terlebih dahulu. 

 

Apa yang dilaporkan media?

Penelitian kami mendapati akhbar The Star pada awalnya menggunakan tajuk seperti dinyatakan di atas. 

Mungkin kerana menyedari tajuk itu boleh mengelirukan pembaca mereka telah menukarnya kepada Ismail Sabri: Inter-state travel allowed for married couples living apart, starting Jan 27.

 


 

 

Sekadar sebagai perbandingan, akhbar lain menggunakan tajuk-tajuk seperti dipaparkan di bawah.



New Straits Times

 


Sinar Harian

 


Berita Harian

 

Maka jelas dapat difahami bahawa kelonggaran retas negeri mulai 27 Jan ini hanya diberikan kepada pasangan suami isteri jarak jauh terlebih dahulu. 

Ayuh, kita jaga diri, jaga jarak dan jaga kesihatan masing-masing supaya semua orang boleh rentas negeri dengan kadar segera! Kita  mampu hapuskan rantaian Covid-19!

 -- MYCHECKMY --


RUJUKAN

 

  1. The Star. ‘ Ismail Sabri: Inter-state travel allowed for married couples living apart, starting Jan 27’ diterbitkan pada 26 Januari 2021

  2. Berita Harian. ‘PKP: Pasangan jarak jauh dibenar rentas negeri mulai esok - Ismail Sabri’ diterbitkan pada 26 Januari 2021

  3. New Straits Times. ‘Ismail Sabri: Long-distance couples can now travel interstate [NSTTV]’ diterbitkan pada 26 Januari 2021

  4. Sinar Harian. ‘Pasangan jarak jauh dibenar rentas negeri mulai esok’ diterbitkan pada 26 Januari 2020

MyCheck Malaysia

Tingkat 9, Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur

012-232 8414

mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu,
MyCheck Dulu"

© 2024 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.