HANTARKAN BAHAN UNTUK DISEMAK

Dalam dunia lambakan maklumat hari ini, boleh jadi anda sendiri ada menerima maklumat yang diragui tahap kesahihannya. Boleh jadi ia datang melalui media sosial, mungkin juga melalui laman sembang bahkan boleh juga datang daripada rakan terdekat atau saudara-mara.

Hantarkan bahan tersebut kepada kami. Gunakan antara dua acara di bawah:

  1. Borang Semak Fakta: http://bit.ly/mychecksemak
  2. Mesej melalui Whatsapp/Telegram ke nombor +60108621755.

Maklumat yang dihantar akan disaring menggunakan proses penilaian dan anda akan dimaklumkan tentang tindakan kami yang seterusnya berkaitan maklumat yang dihantar.

HUBUNGI KAMI

Mahu berhubung dengan pasukan MyCheck? Jangan segan untuk emel ke imran.mycheck@gmail.com. Beliau adalah liason kami tantang apa-apa urusan berkaitan MyCheck Malaysia.

Kami berbesar hati untuk menerima sebarang komentar daripada anda. Jika ada pujian, kritikan atau soalan, kami sudi menerima dan menjawabnya.

MyCheck juga ingin memainkan peranan menyokong usaha meningkatkan literasi media dan kesedaran pengguna internet dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami sudi bekerjasama dengan mana-mana pihak baik dalam bentuk kempen, pendidikan, dan projek usaha sama ke arah matlamat ini.

Lagipun, semua yang kami lakukan di sini adalah untuk kebaikan masyarakat Malaysia, jadi marilah kita sama-sama berusaha demi kebaikan masyarakat kita.

© 2020 MyCheck. Hak Cipta Terpelihara.